Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".
Saya suke sangat doa nie . Bukan bermakna sye nie dah gatal nk kawen . Tapi , bait2 doa nie , ada mention dimana
Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.
memang saya terasa sgt2 . huhuhuhu . Tengoklah orang zman skrang , putus je , bunuh diri . saya pun tak paham laa . sesuatu yang berlaku tu mesti ada hikmah nyer . tol tak ? maybe Allah nk bg yg lbey baek dari kite ? saya pun ad gak ter " suke " kt seseorang . Tapi bile pkir ape dea wat , saya dh tak suke da . saya anggap saya takde jdoh ngan dea even mak saya suke kt dea .
p/s : Aku harap suatu hari naty , aq dapat lelaki yang menepati ciri2 idaman aku . yang paling penting , agame nyer . dpt bimbing aku lagi sbb mak bpak aku dh tak jge aku da . kedue baru aku pndang kerjaya . of koz la , skang an pkai duet banyak . cita2 aku , aku pun nk jadi wanita yang berkerjaya gak . eceyyy . kalau boley aku nk lelaki yg dpt jdi ktue kluarga yang baek dan imam kpda aku dan anak anak anak aku yang lain . hahahahahaha . bape punyer anak daaa ( bermonolog dalam hati a.k.a berangan )
No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen laa sayang . Teheee ;D