Hanya kerana cinta
Petang itu , seperti biasa aku akan berjumpa Eman di Taman . Selalunya , dia akan sampai awal sebelumku . Aku menoleh ke arah jam kesayanganku yang diberi oleh Eman ketika hari jadiku yang ke 16 . " Ishh , lambat lahh mamat nie . Agaknya kalau buang hajat pun sempat " . ngomel aku sendirian . Eman adalah sahabat karibku . Biarpun dia lelaki , tapi aku senang berkawan dengannya . Dia memiliki wajah yang sangat kacak dan anak orang berada . Dia juga mempunyai seorang abang yang agak kacak sepertinya . Tidak heran lah kalau hampir semua pelajar perempuan sekolahku menggilai mereka . Kadang kadang , ada orang ingat yang kami nie " couple paling hot " . Sampai ada yang sindir aku , " tak sesuai langsung bile Hana couple ngan dia " . Aku tak kisah pun . Kami hanya berkawan je . Tahun nie , aku dan Eman akan menduduki peperiksaan penting , SPM . Kami adalah pelajar aliran sains tulen . Subjek yang paling aku benci sangat adalah Add Math . Eman lah yang banyak membantu aku untuk selesaikan masalah aku .
Suatu hari , aku pergi ke tandas kerana perut ku memulas mulas . Kalau nak ke tandas , aku terpaksa melalui kelas yang paling aku benci sangat . Kelas 5 Bijak yang kononnya kelas paling pandai . Bukan aku tak suka apa , tapi kat dalam kelas tu ada seorang makhluk Tuhan yang diberi nama sejak lahirnya , Elly Mahera . Yang aku tahu , dia nie cemburu bila aku rapat dengan Eman . Kawan kawan aku pernah bagitahu aku , yang si Elly suka kat Eman . Ada pula aku kisah kan ? Hahaha . Petang tu , cam biasa aku jumpa Eman kat Taman . " Wehh , Eman , aku rasa Elly Mahera anak Dato' Hashim tu syok kat kau ar . Bila dia nampak aku rapat dengan kau , mesti dia pandang aku tak puas ati . Pesal tahh " . " Ala , kau cakap je yang kita nie " couple " . Slumber je Eman jawab . Memandangkan aku nie seorang yang putih , jadi pipi aku akan mula cepat kemerahan apabila aku berasa malu . " Banyaklahh kau ! Ishh " .
Hampir beberapa bulan lagi , peperiksaan akan tiba . Segala bengkel , kelas tambahan kerap diadakan . Semestinya guru guru inginkan yang terbaik untuk para pelajarnya . Ketika perhimpunan tadi , pengetua telah memperkenalkan seorang guru lelaki baru yang akan berkhidmat di sekolahku untuk menggantikan cikgu Fauziah yang dijangka akan bersalin anak kembar . Rupanya boleh tahan juga . Macam ala ala artis korea . Guru baru nie akan mengajar subjek Add Math di kelasku . Ketika di kelas , cikgu baru tu telah memulakan sesi perkenalan . Namanya ialah cikgu Faris . Sampai saja giliranku , aku mula tergagap gagap . Aku pantang ditenung kalau aku disuruh bercakap . " Err....errr , nama saya Raihana . Panggil saya Hana . Errr ... haaa , tu jelah " . Aku pun duduk dengan muka yang merona merah . " Ishh , cikgu nie janganlah tenung aku macam nak makan aku " bisik aku dalam hati . Aku menyedari Eman asyik memandangku . Dalam fikiranku , aku mengagak Eman cemburu . Hahaha . Tengok lahh kau Eman , aku nak kenekan kau .
Cikgu Faris mengajar seperti biasa . Dalam diam , aku sedar cikgu Faris asyik pandang aku je . Kenapa ek ? Aku ni pelik ke ? Aku pakai tudung senget ke ? Aku rasa aku dah cukup cun ni . Sempat juga aku menoleh ke cermin ajaib mini aku yang aku lekatkan di belakang pembarisku .
Seperti biasa , aku akan pulang ke rumah bersama Eman walaupun aku tahu ibu bapa Eman tidak berapa suka denganku kerana mungkin aku nie bukan golongan berada . Bapaku hanya seorang doktor . Ibuku pula hanya seorang pensyarah manakala ibu bapa Eman adalah ahli korporat yang terkenal dan memiliki syarikat besar yang diberi nama SAA Holdings .
" Wehh Hana , aku perasan cikgu Faris asyik pandang kau je ? " tanya Eman secara tiba tiba . " Yeke ? Mana lahh aku tahu beb " jawabku ringkas . " Aku rasa dia syokk kat kau jugak lah " . " Agak agak ah Man . Wa lempang muka lu sampai senget kang , baru lu tahu " , agak geram dengan soalan yang dilontarkan Eman . " Weh , sorry sorry , ok , dah tak cakap dah . " Hahahahaha . Akhirnya terburai gelak tawa ku melihat wajah comelnya yang cuba memujukku agak kembali ceria semula .

No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen laa sayang . Teheee ;D